MESYUARAT PIBG SK MATANG 2019
Pada 2 Mac 2019, Sabtu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Matang telah mengadakan Mesyuarat PIBG bertempat di Dewan RMT SK Matang.
Mesyuarat ini bertujuan memberi sedikit maklumat tentang organisasi dan pengurusan PIBG kepada ahli-ahlinya. Di samping itu, mesyuarat ini turut digunakan untuk memperkenalkan Guru Besar SK Matang yang baharu kepada semua ahli PIBG.
Mesyuarat PIBG SK Matang turut bertujuaan merapatkn silaturahim dalam kalangan ibu bapa dan
guru-guru.
Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Diikuti dengan bacaan Doa oleh Ustaz Mohd. Nazary bin Marzuki bagi memberkati Mesyuarat PIBG.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan menjawab usul -usul daripada ibu bapa. Semua exco menjawab persoalan yang diutarakan oleh ibu bapa.
Awang Khairilasryad Bin Awang Saini
Nur Fazlyatul Aisha
Nabil Nazmi Bin Yakob
Mesyuarat PIBG ini turut memberi sedikit insentif kepada murid UPSR tahun 2018 (tahun lepas) kepada murid yang memperolehi
Mesyuarat dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Banyak hadiah dan hamper disediakan bagi memeriahkan. Nombor cabutan bertuah dijual hanya RM1.00 untuk setiap nombor. Antara penerima hamper cabutan bertuah pada hari mesyuarat PIBG 2019.
Sekian, Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan