MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
Pada 14 MAC 2019, Khamis, Majlis Persaraan Guru SK Matang iaitu, Puan Zubaidah binti Rebi telah diadakan di Dataran SK Matang bagi menghargai segala jasa baik beliau dalam mendidik anak-anak murid SK Matang.
Puan Zubaidah binti Rebi dijemput dari kediaman nya sendiri oleh kenderaan Khas yang telah dihiaskan seperti seorang raja. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di SK Matang sejak berpindah ke SK Matang pada tahun 2009.
Ketibaan Puan Zubaidah binti Rebi diarakkan dari pagar utama SK Matang hingga ke Dataran Cemerlang diiringi oleh Guru Besar SK Matang bersama-sama rakan guru SK Matang. Murid-murid tidak ketinggalan mengiringi guru kesayangan mereka.
Selesai Majlis Persaraan Cikgu Zubaidah binti Rebi pada 14 Mac 2019.
Tetapi,
tidak berhenti disini sahaja.
Pada 15 MAC 2019, Jumaat, satu majlis diadakan sebagai penghargaan kepada beliau iaitu:
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
diadakan di Dormani Hotel.
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH berlangsung jam 7:45 malam diadakan bagi memperingati jasa Puan Zubaidah binti Rebi selain daripada memberikan penghormatan kepada mantan Guru Besar SK Matang, iaitu Encik Suhaimi bin Haji Heep dan dalam majlis yang sama turut meraikan kedatangan Guru Besar SK Matang yang baharu iaitu; Puan Rohani binti Saini.
Penyerahan sedikit cenderahati dan hadiah kepada Cikgu Suhaimi dan CIkgu Zubaidah.
Pada malam itu juga, SK Matang turut mengadakan sambutan Hari Jadi kepada semua warga SK Matang yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.
Makan malam dijalankan sambil menonton beberapa tayangan gambar Khas untuk Cikgu Suhaimi bin Haji Heep dan Cikgu Zubaidah binti Rebi.
Cikgu Zubaidah binti Rebi turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada tabung kebajikan SK Matang. Ikhlas daripada beliau. Terima Kasih Cikgu Zubaidah.
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH diserikan lagi dengan nyanyian karaoke.
Acara terakhir adalah sesi fotografi.
Semoga kenangan dan memori kita sentiasa segar dalam ingatan.
Sayonara..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan