Rabu, 24 April 2019

Program Motivasi Tahun 6 SK Matang

Program Motivasi Tahun 6 SK Matang

Pada 12 April 2019, Jumaat, SK Matang, Padawan mengadakan satu Program Motivasi Khas untuk murid-murid Tahun 6 SK Matang. Program diadakan di Pusat Latihan IKMAS, Telaga Air.



Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Kurikulum SK Matang untuk membantu murid-murid Tahun 6 menduduki Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi tahun 2019.

Program Motivasi bermula jam 2.45 petang selepas solat Jumaat. Aktiviti yang dijalankan menjurus ke arah Teknik menjawab soalan dan tips yang dapat membantu murid-murid dalam menjawab soalan PPSR pada tahun ini.



Murid-murid yang mengikuti Program ini didedahkan bukan sahaja perkara yang berkaitan dengan pelajaran malahan didedahkan perkara tentang motivasi diri dan agama. Tanpa ada nya pegangan agama, maka hilanglah arah tuju hidup kita.

Murid-murid juga bermalam di Pusat Latihan Sarawak kerana Program yang dijalankan sangat padat dan membantu murid-murid untuk hidup berdikari. 

Keesokkan harinya, 13 April 2019, Sabtu, Program Motivasi diteruskan dengan aktviti keagamaan pada awal pagi dan diteruskan dengan senaman pagi. Selepas itu, murid-murid sarapan pagi sebelum bermulanya motivasi.


Pada jam 2:00 petang, ibu bapa hadir untuk mengikuti motivasi dan ceramah daripada penceramah yang dijemput khas. Ramai ibu bapa yang hadir bagi menyokong Program Motivasi ini. turut hadir, Yang dipertua PIBG SK Matang, Encik Ahmad bin Gidi datang bagi memberi sokongan dan membantu dalam memeriahkan Program Motivasi SK Matang.










Program Motivasi SK Matang tamat jam 4:30 petang dan murid-murid bersurai. Terima Kasih kepada semua warga SK Matang termasuk ibu bapa, guru-guru, Anggota Kumpulan Sokongan serta pihak Pusat Latihan Sarawak yang menjayakan Program Motivasi SK Matang. Sekian, terima kasih. 

Kami sajikan gambar-gambar aktiviti yang berlangsung dibawah.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan