Rabu, 24 April 2019

Pertandingan Bercerita Peringkat Matang (Saringan)

Pertandingan Bercerita Peringkat Matang (Saringan)

24 April 2019, Rabu, SK Matang menjadi Sekolah yang dipilih untuk mengadakan Pertandingan Bercerita Saringan bagi Peringkat zon Matang. 


Seramai 11 orang peserta mengikuti pertandingan. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Peserta-peserta daripada SK Beradek, SK Matang, SK Landeh dan banyak lagi datang dan mengikuti pertandingan bercerita. 

Pertandingan Bercerita Peringkat Matang menjadi semakin sengit kerana kemampuan dan keupayaan para peserta yang professional dalam mengayakan penceritaan. 


Dengan barisan juri yang professional, Pertandingan Bercerita menjadi satu pertandingan yang baik selain dapat membantu para peserta serta guru pengiring untuk menambah dan mempelbagaikan lagi teknik dan gaya penceritaan.


Tahniah kepada pemenang. 

Pertandingan Bercerita Peringkat Matang (Saringan) tamat jam 12:00 tengahari.

Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padawan

Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padawan



24 April 2019, Rabu, SK Matang menjadi Tuan rumah bagi Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padawan. Pertandingan diadakan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan SK Matang.


Seramai 10 orang peserta mengikuti Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padawan pada kali ini.
Persaingan sihat dan sengit diantara para peserta. Pertandingan bermula tepat pada jam 8:00 pagi.

Barisan hakim-hakim yang bijaksana daripada SK Matang, SK Temenggong dan SK Dato Tan Sri Mohammad.


Pemenang Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padawan. 

Program Motivasi Tahun 6 SK Matang

Program Motivasi Tahun 6 SK Matang

Pada 12 April 2019, Jumaat, SK Matang, Padawan mengadakan satu Program Motivasi Khas untuk murid-murid Tahun 6 SK Matang. Program diadakan di Pusat Latihan IKMAS, Telaga Air.



Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Kurikulum SK Matang untuk membantu murid-murid Tahun 6 menduduki Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi tahun 2019.

Program Motivasi bermula jam 2.45 petang selepas solat Jumaat. Aktiviti yang dijalankan menjurus ke arah Teknik menjawab soalan dan tips yang dapat membantu murid-murid dalam menjawab soalan PPSR pada tahun ini.



Murid-murid yang mengikuti Program ini didedahkan bukan sahaja perkara yang berkaitan dengan pelajaran malahan didedahkan perkara tentang motivasi diri dan agama. Tanpa ada nya pegangan agama, maka hilanglah arah tuju hidup kita.

Murid-murid juga bermalam di Pusat Latihan Sarawak kerana Program yang dijalankan sangat padat dan membantu murid-murid untuk hidup berdikari. 

Keesokkan harinya, 13 April 2019, Sabtu, Program Motivasi diteruskan dengan aktviti keagamaan pada awal pagi dan diteruskan dengan senaman pagi. Selepas itu, murid-murid sarapan pagi sebelum bermulanya motivasi.


Pada jam 2:00 petang, ibu bapa hadir untuk mengikuti motivasi dan ceramah daripada penceramah yang dijemput khas. Ramai ibu bapa yang hadir bagi menyokong Program Motivasi ini. turut hadir, Yang dipertua PIBG SK Matang, Encik Ahmad bin Gidi datang bagi memberi sokongan dan membantu dalam memeriahkan Program Motivasi SK Matang.










Program Motivasi SK Matang tamat jam 4:30 petang dan murid-murid bersurai. Terima Kasih kepada semua warga SK Matang termasuk ibu bapa, guru-guru, Anggota Kumpulan Sokongan serta pihak Pusat Latihan Sarawak yang menjayakan Program Motivasi SK Matang. Sekian, terima kasih. 

Kami sajikan gambar-gambar aktiviti yang berlangsung dibawah.
























Isnin, 8 April 2019

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SK MATANG 2019

Pada 6 April 2019, Sabtu, SK Matang telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bermula jam 8:00 pagi.


Puan Nor Masayu binti Abdull Raman (matematik)


Puan Zainon binti Deli (sains)

Puan Nurnazihah Abdullah (WAGGS Project)

Cik Siti Norshashizza Abdul Wahab (Zoom A)

Puan Suriani binti Abdul Hamid (Taranum)

Awang Izwanddy Awang Sulaiman
(Internet of Things & Microsoft Office PowerPoint)