Jumaat, 27 Mac 2020

KOLEKSI LATIHAN BAHASA INGGERIS UPSR

Koleksi Latihan UPSR Bahasa Inggeris ini merupakan perkongsian oleh guru-guru SK Matang khas untuk murid SK Matang mengisi masa lapang sewaktu Perintah Berkurung Covid 19.

Diingatkan juga agar sentiasa berada dalam rumah agar mengelakan Virus COVID 19 ini daripada merebak.

Sila klik link dibawah dan selamat mencuba.


Selamat petang, saya telah kumpulkan satu koleksi untuk latihan anak-anak dalam Bahasa Inggeris UPSR. Murid Tahun 3 pun boleh cuba, tidak rugi apa-apa juga kan. Saya sendiri pun sudah cuba dan memang sangat seronok. Klik saja mana-mana link di bawah. TQ.

UPSR Bahasa Inggeris (T4-T6)

1. Kertas 1, Bahagian A

2. Social Expressions

3. Punctuation

4. Tenses 

5. Adjectives (1) Comparatives (2)


6. Preposition

7. Conjunction

8. Idioms

9. Collective Nouns

10. Adverbs of Manner








Isnin, 9 Mac 2020

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK

SK MATANG melibatkan diri dalam PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pengakap pada 28 Februari 2020 di SK Bandar Baru Semariang, Kuching.


10 orang murid SK Matang terlibat dengan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Naimatul Izah binti Md. Mahidin dan Puan Hadiah binti Atot.

Galeri gambar:
Jurufoto: Puan Naimatul Izah binti Md. Mahidin




















Isnin, 2 Mac 2020

Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2020

"KU PIMPIN TANGAN MU" adalah tema dan sogan kata untuk Bengkel menjawab soalan UPSR 2020 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Matang dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 bersama guru subjek teras yang lain.



Bertempat di Dewan Kuliah B Institut Penguruan Guru Batu Lintang. Seramai 120 orang murid hadir bagi mendapat tips-tips peperiksaan UPSR dengan mengunakan perkhidmatan bas.



Program bermula jam 8 pagi  dengan subjek Matematik, Encik Sajidin bin Jais, kemudian Bahasa Inggeris oleh Puan Azmera binti Abdullah dari SiC+ PPD Padawan. Program berehat untuk makan tengah hari dan solat Zohor.




Pukul 2, Program diteruskan dengan slot Bahasa Melayu yan disampaikan oleh Puan Dalia binti Kasim  dari SK Tan Sri Mohd. Slot terakhir merupakan slot subjek Sains yang disampaikan oleh Encik Abdul Aziz bin Abdul Wahab dari SK Pajar Sejingkat.




Program tamat pada jam 5.30 petang dan murid-murid bertolak  balik ke SK Matang. Tamat Program Menjawab soalan untuk bahagian pertama. Inshaallah akan ada bahagian kedua khas untuk murid-murid SK Matang bagi memudahkan murid-murid menjawab soalan UPSR.

Sekalung penghargaan buat semua yang  terlibat dalam menjayakan Program ini secara langsung atau tidak langsung  terutama Guru Besar,  guru-guru, fasilitator, ibu bapa dan murid-murid. Amin.

Galeri



























































photo by: #IZ_digital
https://www.facebook.com/IZdigitalOfficial/