Isnin, 18 Februari 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PROGRAM JOM KE SEKOLAHMAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
SK MATANG 2019


18 FEBRUARI 2019, JAM 7:30 pagi. SK Matang, Padawan mengadakan Program JOM KE SEKOLAH bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program yang dianjurkan oleh KPM dan mesti dijalankan di sekolah pada hari ini secara rasminya. 



Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ideris bin Ahmat. 

Pembuka kata oleh Puan Guru Besar, Puan Rohani binti Saini. 

Bagi melancarkan Majlis ini, Koperal Hazani bin Abdul Hadi membaca perutusan daripada Ketua Polis Negara. 


Setelah tamat ucapan, penyerahan cenderahati kepada Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Andok anak Kayok dan Koperal Hazani bin Abdul Hadi disempurnakan oleh Puan Guru Besar bersama semua Penolong kanan.


Gimik pelancaran papan notis PSS. disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, 
Sarjan Andok anak Kayok dan Koperal Hazani bin Abdul Hadi.



Sesi fotografi bersama-sama para jemputan, Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid.




Sekian, terima kasih.







  

Ahad, 17 Februari 2019

PROGRAM TITIAN GEMILANG UPSR 2019

PROGRAM TITIAN GEMILANG
UPSR 2019

16 FEBRUARI 2019, SABTU, SK Matang telah mengadakan Program Titian Gemilang UPSR 2019 khas untuk murid-murid Tahun 6 akan menduduki UPSR tahun ini. Lokasi program Titian Gemilang diadakan di Dewan Cyberguna Kolej Vokasional Matang dan dihadiri 200 orang murid bersama ibu bapa telah hadir bagi menjayakan program ini. 



Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu pertiwiku. Diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd. Nazary bin Marzuki. 

Program titian Gemilang ini turut diserikan dengan ucapan Guru Besar  SK Matang, Puan Rohani binti Saini. 


Tidak ketinggalan, Guru Besar turut berkongsi Tips-tips yang digunakan beliau bagi mendidik anak-anak murid cemerlang dlam UPSR.


Dalam program ini juga, semua Ketua Panitia subjek teras untuk UPSR membentang keputusan ujian dignostik semasa sekolah dan sasaran sekolah untuk Tahun 2019. 
Pembentangan mengikut Ketua Panitia subjek

Cikgu Wan Mohd Nasir (Panitia Bahasa Melayu)

Cikgu Nurnazihah (Panitia Bahasa Inggeris)

Cikgu Normasayu (Panitia Matematik)

Cikgu Zainon (Panitia Sains)

Program Titian Gemilang ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan murid-murid mengenai masalah murid dan cara mengatasi agar murid dapat mencapai sasaran UPSR. Guru-guru kelas turut bertugas bagi memberikan gambaran kepada ibu bapa mengenai keputusan semasa anak mereka dan akhir sekali menetapkan sasaran Gred yang akan disasarkan oleh anak -anak mereka sendiri.







Sebelum berakhirnya Program titian Gemilang UPSR 2019, Majlis Aku Janji diketuai oleh adik Syazani.







Bagi memeriahkan lagi Majlis Aku Janji Murid-murid tahun 6, Simbolik penyerahan oelh wakil muird Tahun 6 kepada Guru Bear, Puan Rohani binti Saini disaksikan oleh Penolong Kanan pentadbiran, Encik Meli bin Mustapa dan Penolong Kanan Petang, Encik Abdull Majid bin Abdullah.


Semoga sasaran yang ditetapkan dapat dicapai pada UPSR tahun 2019. Insyaallah..

Sebelum mengundur diri, kami sajikan sedikit gambar kenang-kenangan Program Titian Gemilang UPSR 2019. Sekian, Terima Kasih.











terima Kasih atas kerjasama semua pihak terutamanya Pihak Kolej Vokasional Matang yang sudi memberikan tempat yang selesa kepada kami. Tidak lupa kepada ibu bapa dan murid-murid yang sudi hadir bagi menjayakan Program titian Gemilang 2019. Guru-guru dan staf SK Matang yang bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan Program ini. Tahniah!

Khamis, 14 Februari 2019

PROGRAM "MATANG SIHAT"

PROGRAM "MATANG SIHAT"

Program ini dijalankan pada setiap hari Rabu jam 6.30 pagi. Setiap minggu instructor bertukar-tukar mengikut giliran. 


source; https://www.beautybites.org/morning-workout-challenge/


Tujuan program ini dijalankan bagi memberi kecergasan kepada murid-murid dan warga SK Matang yang lain sebelum bermulanya kelas pembelajaran.


Penglibatan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja kerana murid-murid Tahun 6 ada kelas bimbingan (Early Bird) yang bermula jam 6.30 pagi juga.








Rabu, 13 Februari 2019

PERHIMPUNAN KO-KURIKULUM 2019

PERHIMPUNAN KO-KURIKULUM 2019
SK MATANG, PADAWAN

Pada 13 Februari 2019, SK Matang telah mengadakan Perhimpunan Ko-Kurikulum untuk tahun 2019. Perhimpunan Ko-Kurikulum diadakan setiap tahun sebelum bermulanya aktiviti-aktiviti Kokurikulum. 

Perhimpunan diadakan jam 1.15 petang di perkarangan Kantin RMT. Semua murid berkumpul dan mendengar taklimat ringkas daripada Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Matang, Encik Sabarin bin Reduan. 

Guru Besar SK Matang, Puan Rohani binti Saini turut memberi sedikit ucapan dalam Perhimpunan Ko-Kurikulum 2019.



Murid-murid turut menyanyikan lagu Persatuan-Persatuan yang wujud di SK Matang seperti Pengakap, Kadet remaja Sekolah, Persatuan Bulan sabit Merah, Tunas Puteri dan Persatuan Puteri Islam Malaysia. setelah tamat nyanyian, murid-murid bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing untuk Mesyuarat Agong bagi Persatuan, Sukan dan Permainan serta Kelab.