Khamis, 29 September 2022

Jumaat, 20 Mei 2022

Sambutan Hari Guru & Hari Raya Aidilfitri 2022 SK Matang

 Program berlangsung pada 20 Mei 2022, Jumaat. Program bagi meraikan Guru yang merupakan profesion yang majoriti disekolah. Hari guru diadakan bagi menunjukkan rasa terima kasih atas jasa guru yang bukan sahaja mendidik anak bangsa malah berkorban bagi melahirkan insan masa hadapan Malaysia.

Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sabarin bin Reduan.





Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh wakil pelajar, Muhd Taffazul, Ketua Pengawas Sekolah.


Majlis tidak lengkap tanpa adanya ucapan daripada pihak pentadbir yang diwakili oleh Encik Meli bin Mustapa, pemangku Guru Besar SK Matang.


Tidak ketinggalan, ucapan daripadanYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Ahmad bin Gidi.


Bacaan Perutusan Hari Guru 2022 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia diwakilkan kepada Encik Rahmatullah bin Mohd Osman.


Teks ucapan perutusan Hari Guru 2022 daripada Menteri Pelajaran diwakilkan kepada Puan Madlane anak Assing.


Ikrar Guru diketuai oleh Encik Ojek bin Sidi bersama guru-guru melafazkan ikrar.



Guru-guru menyanyikan 4 buah lagu iaitu Kami guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang, Biarku Menjadi lilin dan lagu tema Hari Guru 2022, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.













Pemotongan kek.




Penyampaian cenderamata






Persembahan oleh cikgu Wan Mohd Nasir bin Wan Anuar.

Persembahan murid Prasekolah




Persembahan murid tahun 2


Persembahan Koir Murid Tahun 6


Persembahan murid Tahun 3

Program tamat jam 11 pagi dan murid bersurai balik.

Galeri





























































































































































Kredit foto:
1. Awang Izwanddy bin Awang Sulaiman (#izdigital)
2. Encik Dirman Samani
3. Cik Syarifah Zura